Persatuan Penduduk Taman Selayang Mulia

Persatuan Penduduk Taman Selayang Mulia

Rencana: Diabetes Melitus

Nama Penulis: Mohd Shukri
Emel Penulis: gnesop@gmail.com
Kategori Rencana: Kesihatan

Tajuk Rencana: Diabetes Melitus

Rencana: Apakah itu diabetes?
Diabetes adalah salah satu penyakit kronik di mana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 di mana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun ke atas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.

Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

Dua jenis diabetes

Terdapat dua jenis diabetes utama:
* Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
o Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
o Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin
* Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
o Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
o Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.

Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada di antara kedua-dua jenis di atas yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.

Apakah tanda-tanda amaran diabetes?
Anda boleh mengalami berlainan tanda-tanda dan gejala. Walau bagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:
* Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
* Letih
* Berat badan menurun
* Penglihatan kabur
* Otot lemah
* Gatal

Lain-lain gejala termasuk:
* Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas

Anda boleh juga menghidapi diabetes tanpa apa-apa gejala. Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Jalankan ujian di klinik kesihatan berdekatan.

Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walau bagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:
* Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
* Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
* Impaired glucose tolerance (IGT).
* Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
* Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
* Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
* Tekanan darah tinggi
* Tidak aktif -gaya hidup sedentari
* Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
* Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .

Jika anda fikir anda mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi diabetes, hubungi klinik kesihatan berdekatan.

Komplikasi diabetes
Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ bergantung kepada kawalan gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf.

Keadaan kecemasan:
* Hipoglisemia -ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah
Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
* Hiperglisemia - adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri

Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)
* Ini menyebabkan kerosakan jangka panjang:
o Mata
+ Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta
o Saraf
+ Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene
o Otak
+ Angin ahmar (hubung dengan strok)
o Buah pinggang
+ kegagalan buah pinggang
o Jantung
+ Sakit jantung
Berita baik adalah jika anda dapat mengawal diabetes dengan baik, ini akan membantu mengelakkan atau melambatkan komplikasi

Apakah yang sepatutnya saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat diabetes?
Kawalan diabetes yang baik adalah anda boleh mengawal tahap gula dalam darah menghampiri tahap normal.

Ini boleh di capai dengan kaedah berikut:
* Mengawal pengambilan makanan
o Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah
* Melakukan senaman fizikal
o Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
* Ubatan
o Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin
o Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.
Walaupun anda menghidap diabetes, anda masih boleh menjalani kehidupan normal dan aktif.

Anda boleh menjaga diri anda sendiri
* Penjagaan secara umum:
o Penjagaan kulit
+ Mandi setiap hari
+ Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna
+ Merawat luka dan calar dengan segera
+ Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 - 3 hari.
o Penjagaan kaki
+ Basuh kaki setiap hari
+ Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki
+ Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.
+ Potong kuku jari kaki secara lurus
+ Tukar stokin anda setiap hari
+ Jangan berjalan tanpa kasut
+ Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai diguna luar rumah.
* Mengawasi diri sendiri
o Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah. sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu keberkesanan cara anda mengawal diabetes
* Penjagaan gigi
* Kerap menjalani pemeriksaan mata
* Mengelakkan minuman keras
* Berhenti merokok

Apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes?
Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat:
* Makan makanan berkhasiat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyakit jantung.
* Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori. Oleh itu dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.
* Kajian menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes. Kekalkan berat badan yang unggul

Kumpulan sokongan
* Persatuan Diabetes Malaysia (PDM)
* National Diabetes Institute (NADI)
* National Kidney Foundation (NKF)
* EMKAY (Yayasan EMKAY)

Dipetik dari: myhealth.gov.my

0 comments:

Peta Taman Selayang Mulia